Wednesday, 13 May 2015

Wedding Reception Part I

Assalamualaikum...

Sebelom ni aku dah upload kan gambar bertunang, terlupa pulak nak letak gambar kawen. Aku akad nikah aritu 09.12.2015 sebab taknak la buat sekali wedding nanti serabut pulak nak kena tukar baju lah, cacat mekap i uolls! hikhikk. Tapi sayang gambar nikah aritu semua dah hilang. Aku pun tak ingat letak mana abis -_-"

Wedding aku 10.12.2015, esok hari. Paling menyedihkan baju aku still ada kat kedai pengantin tu, sebab aku mekap dekat rumah. Baju yang aku nak pakai tu ada orang guna sebelom aku, so diorang nak cuci lagi makan masa jugak lah. Pagi kenduri baru En.Suami aku pergi ambil. Puhh ! Aku ni nak naik jembalang juga lah sebab sampai pukul 12 pun belom sampai baju. Ni apakehel ! aku pengantin kot aritu. PENGANTINNN ! Tapi aku takmau laa moody nanti orang ingat aku kena kawen paksa pulak. hehee ;)

Oleh sebab aku ni stay dekat kawasan kampung, so aku takda la nak ambil katering segala bagai. Sebab apa yang penting ? KERJASAMA ! (laritopik)
krikkrikk!

semua buat muka malu-malu time ni. hikhik
Ini namanya Acar Timun, setengah orang dah tahu, benda ni main gaul ja timun, nenas, cili.Sedap jugak manis-manis pedas :)
Sup daging made in kampung paling ummmpp dap dap!
Haa, yang ni mesti ada tak pernah tengok khenn. Ni lah nama dia Appolo. Diorang masak nasi kenduri dalam ni. Nasi letak dalam talam lepas tu susun bertingket-tingket orang ngori cakap. Kalau talam pun kau taktau google sendiri ah. mehehee

Kampung ni mudah, semua benda buat sendiri. Sehari sebelum kenduri orang kampung dah datang tolong kupas bawang, cuci ayam semua. Kaum pakcik-pakcik pula sibuk pasang khemah. Oh sweet angat :D

Pagi kenduri pula seawal 8 pagi orang kampung dah terpacak depan rumah nak tolong apa yang patut. Masak lah , sampai cuci pinggan pun diorang yang aturkan. Next time aku cerita part II pulak okeh. Sebab aku lapar ni, nak keluar lunch dulu. hehehe

smile :) ok bye!

Saturday, 31 January 2015

E-Day Part II

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku nak mintak maaf sangat sebab aku lambat tunaikan janji aku. Aku cakap nak letak gambar dekat Eday Part II ni. Berbulan-bukan aku perkasamkan blog ni. hehe

Bukan apa , aku sibuk sangat prepare hal wedding aku tu . penat mak timah ni tau -,- oke blog kali ni aku malas nak merepek banyak-banyak , just nak share gambar je . Jemput wahai anak-anak sekalian tengok sampai muntah muka den eh ? ihiksss ;)









































Haaa, kalau nak ikut tu memang banyak lagi lah gambar yang aku nak letak sini. Tapi takut lagi ramai yang pitam tengok muka aku . hahaha . okeh lah ada masa aku kongsi gambar kawen aku pulah ehh ?

smile :) ok byep !


Sunday, 9 November 2014

E-Day !

Assalamualaikum..

Err taktau nak mukadimah macam mana hari ni. Sebab dah lama sangat tangan tak menaip. Otak pon dah krem (padahal tak pikir apa-apa pung!) haha!
Tak sangka pejam celik dah nak masuk tahun baru dah. Azam tahun lepas pun aku tak settle lagi dah nak tambah azam tahun baru. Takpa la, anggap ja tahun ni aku takdo buat azam pung. kehkehkeh

Tahun ni jugak banyak benda baru dalam hidup aku, kerja baru, pakwe baru dan tunang baru. Eh ! aku dah tunang ? :D Seriously aku tak jangka langsung aku nak tunang tahun ni. Yealah aku ni dah rempang, perangai gila-gila tu kalah hantu.Tetiba boleh tunang ? Pelik bin ajaib!

Kisah aku betunang kalau karang pon rasa empat bulan pun belom tentu abis taip rasanya sebab panjang sangat,lawak sangat dan pelik sangat (sangatt la khen-,-) 

Aku langsung tak pernah jangka akan kenal dengan En Tunang aku ni. Sebenarnya, kami sekampung tapi aku tak pernah nampak la pulak En Tunang aku tu. Aku tak tau la dulu dia pupus ka macam mana . hihihi

Nak jadi cerita, kami kenal tak lama. Maybe Allah dah tulis jodoh aku dengan dia kan. Kami just tunang 3 bulan saja. 31AUGUST2014 !
Lepas tu 10DECEMBER2014 terus kawen.
Benda baik tak elok lengah-lengahkan. Sekarang dah kelam kabut apa pon tak prepare lagi . hikhik (ambik kau nak kawen cepat sangat)
Next entry aku janji nak letak gambar tunang banyak-banyak. Biar sampai muntah siapa yang baca. HEHEEE


smile :) ok bye !

Saturday, 16 August 2014

Takdir ALLAH Penentu Segalanya

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah jugak kongsi dalam ni cita-cita aku nak sangat jadi seorang jururawat/nursing. Sejak aku form 4 tak silap aku dah mula nampak minat aku dalam bidang ni. Memang setengah orang fikir jururawat ni pekerjaan yang menjijikkan sebab nak kena lap darah, muntah, tiap hari main dengan najis. Iya, aku mengaku , semua benda tu ada gelinya. Tambahan aku ni seorang yang agak takut pada darah. Lagi parah kalau nampak orang eksiden teruk depan aku. mau menggigil otot-otot den haa. Tapi bila dah minat mendalam dalam bidang ni aku cuba nak lawan semua benda ni walaupun payah.


Abah aku pulak ada heart attack, so aku pernah dalam seminggu kena jaga abah aku sebab malam mama aku dah jaga siang turn aku pulak. Pernah satu hari tu, ada tokwan/atuk tu sakit depan abah aku. Aku nangis tengok dia. Anak-anak dia semua tinggal jauh-jauh dia seorang dekat katil tu. Setiap hari kalau datang hospital aku beli kuih dekat abah, aku tak akan lupa beli untuk tokwan tu. Sampai family dia datang ambil sebab dia dah bole keluar hospital. Bila aku tengok tokwan tu menangis nak tinggal aku. Aku rasa macam nak bawa dia tinggal dengan aku. Walaupun aku jaga sekejap ja , aku dah anggap macam keluarga aku. Alhamdulillah jugak sebab abah aku pun dah pulih:')

Tahun lepas bulan Disember aku ada dapat interview Kesihatan dekat Negeri Sembilan. Walaupun jauh sebab aku stay Kedah. Aku tetap pergi interview tu. Tapi sampai sekarang belom panggil. Syarat-syarat semua aku dah lepas. Tapi entahla.. perancangan Allah lebih baik. Aku redha kalau tak dapat.

Andai suatu hari nanti cita-cita aku nak jadi jururawat tak termakbul, aku tak pernah marah dengan takdir. Aku mungkin agak kecewa. Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Hidup aku semua Allah dah tentukan. Aku dah usaha, aku dah berdoa sekarang aku cuma tawakal. Tapi aku harap sesiapapun yang baca blog aku ni. Berdoa lah supaya cita-cita aku tercapai. Hanya Allah yang tahu segalanya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian mendoakan aku :') Terima Kasih.



smile :) ok bye !

Wednesday, 19 February 2014

Arghhhhhh !! Telefon Masok Air !

Assalamualaikum . . 

Masih cerita tahun lepas walaupon dah lama kita masok tahun baru kan ? hmm , aku pernah ada pengalaman handphone masuk air. Serius rasa macam nak hempuk kepala dekat dinding ja sebab time hujan dengan banggangnya aku tak masukkan fon dalam plastik or whatever. Bila sampai je rumah hmm hanya tinggal kenangan bak pepatah Saleem :'(

So, aku teringin jugak la nak kongsi ilmu kalau-kalau fon hampa pun tertiba ja termasuk dalam air kan? (banyak pulak aku dok ter-ter-ter ni -_-') Semua ilmu ni pun aku ada terbaca dalam buku juga so tak salah la kan aku nak kongsi, aku dapat sikit hampa dapat sikit noo :)

1.KELUARKAN BATERI



 
 Jika fon tu still hidup ka apa kaa , cepat-cepat off dulu or senang nak paham matikan ja fon tu  walaupun time tu fon tu dah tahap nyawa-nyawa ikan dah kan. haha. Lepastu kena bukak la jugak bateri takut nanti jadi makin parah pulak kalau biar je bateri dalam tu. Kalau macam bateri dalam gambar kat atas tu memang senang je nak keluarkan, TAPI kalau setengah fon nak keluarkan bateri kena cari hammer segala bagai baik cepat-cepat hantar kedai telefon ja takut nanti makin parah telefon hengkau tu nyahhh. Sebab barang elektronik ni bila basah kuasa yang mengalir boleh bagi fon tu rosak terus tanpa ada sifat belas kasihan.

2. KERINGKAN HANDPHONE


 Lepas keluarkan bateri tu kena la cepat-cepat keringkan fon tu supaya semua jadi keringlah. Kena keringkan semuanya fon tu, bateri, sim card ka memory card with tuala yang boleh serap air la. Kalau nak senang guna je hair dryer ataupun kipas angin lagi cepat. Tapi jangan pulak pegi letak dekat bawah matahari sebab bukan nak bagi lagi elok, lagi nak melingkup ada lah . cuba-try-test ok? hahaa

3.RENDAM DALAM BERAS

 
Walaupun dah keringkan segala bagai pun, kita tetap tak boleh yakin lagi sebab dekat dalam mungkin still lembab lagi. Rendam pulak fon tu dalam beras memang petua terrbaik nak hilangkan kelembapan tu. Letak fon dalam beras dalam masa 24-72jam lepastu baru try hidupkan balik dengan harapan fon tu bole baik.
4.LITAR BERSIH

 Lepas keluarkan fon dari beras, bersih litar atau benda yang nampak ada air sikit-sikit lagi lah. Boleh jugak nak guna putik kapas celup dalam alkohol untuk keluarkan air yang tertinggal situ. Buat sampai anak cucu dia semua hilang abis lah kiranya ni.

 5. HIDUPKAN HANDPHONE


Lepas dah buat semua yang kata atas tu boleh la pasang balik fon yang dah dileraikan ari tu. Next, charge bateri tu sampai penuh dan try hidupkan balik. Kalau tak bole jugak nak hidup alamatnya kena tanam dah laa. Selamat Mencuba !


smile :) ok bye ! 











 

Tahun Baru Dan Pengalaman Baru.

Assalamualaikum . .

Hai korang ? ehh , sebelum tu rasa still sempat lagi untuk aku wish Selamat Tahun Baru , azam baru dan semuanya baru lah. hehe. Sekarang aku bukan nak anak tirikan blog ni, cuma sekarang aku sesangat lah busy sebab kerja. haha. Sebenarnya aku nak kongsi jugak lah pengalaman aku masa ambik lesen kereta rituuuu. Takpa lah just want to share with youuuu youuu and youuu. ehemm ~

Sorry sangat sebab gambar full tempat aku ambik lesen tu terlupa pulak nak ambik, padahal sebelah rumah aku je pon. haha . "Konsortium Villa Maju" ehh, tu bukan bas punya tauu hengkauu! Aku daftar masa bulan 11,2013 lagi, tapi sebab masa tu JPJ ada problem sikit aku kena sampai 2 bulan berkampung situ.

Alhamdulillah, tanpa seorang kawan pon masa aku mula daftar tu. Cuma bawak diri seorang je ewahh. Tapi bila dok dalam bilik ceramah tu ada juga la kawan. Masa sesi ceramah selama 3 jam tu serius otak aku langsung takdo kat situ. Asyik pikir macam mana kalau aku tak reti bawak, langgar tiang, langgar cikgu situ ? Arghh mati ! Aku dengar cikgu yang bagi ceramah tu cakap jangan risau, semua yang datang hari ni akan boleh bawak kereta punya. tersentap noks ! dia boleh baca hati aku pulak. haha 

Lepas habis ja ceramah tu aku terus balik je rumah makan, sapa suruh dekat sangat kan sampai tak sedar kena kumpul balik dekat pejabat jam 12.30. Asyik makan ja dah pukul 12.40pm sampai kerani dalam pejabat tu col aku. hehee . Bila sampai ja pejabat semua dah bawak kereta aku ja paling last. Ada cikgu sorang ni dok tunggu nak bawak aku dah. Sorry laa aku tak bole nak letak gambar dia susah nanti. aku panggil dia cikgu Azrul, hmm dia oke laa baik jugak tak garang , so aku pon senang nak faham la.



Gambar ni masa aku buat 8jam dah. Aku still ambik cikgu yang sama sebab malas dah nak tukar-tukar ni. Nanti lagi biul kepala aku. haha. Aku ada ambik extra 2jam lagi sebab nak refresh balik otak aku ni, tapi serius bab parking aku selalu lupa step nak pusing stereng tu. :'(























Aku jpj 7.1,14, ehh baru lagi la kan ? hmm masa jpj tadak apa la sangat sebab aku dapat jpj lelaki, sporting abis haha. Selau orang cakap jpj ni serius, garang! Tapi nasib baik aku dapat yang ok laa. Kereta aku bawak mati dua kali jugak laa dekat traffic light tu. Nasib dia bagi aku lepas jugak ah. Thanks abg jpj. Jasamu tetap ku kenang ! ewahh. 


smile :) ok bye !

Wednesday, 26 June 2013

Awas Bakteria Merata-Rata !

Assalamualaikum . .

Sekarang ni aku mengalami selesema yang agak terok . Nak tidoq pon susah . Pusing kiri selesema kiri , pusing kanan selesema kanan ja . Nak marah wooo . hahaha. Sekarang ni semua benda nak kena jaga , bukan setakat diri kita ja malah pemakanan jugak . Sekeliling kita ni ada berjuta-juta bakteria yang kita taktau kann ? percaya dak ? Aku nak bagi sikit kawasan hot spot bakteria dok berkampung . heheehe

1. TANGAN


Tangan kita ni kan paling mudah nak kena bakteria. Sebabnya macam-macam benda kita buat guna tangan. Yelah kan , bukak pintu guna tangan pastu pergi basuh berry , lepas tuu tekan lift , pegang roti and makan, Eiuwww ! bayangkan banyak mana dah bakteria yang masok dalam perot hampa tu tau .  Kalau makan bukan kenyang dengan makanan tapi kenyang dengan bakteria yang masok dalam perot hampa tuu . ehhee aku pon sama :D

2. TELEFON BIMBIT


Haaaa ! yang ni ramai orang buat sekali dengan aku lah yee . hehe . Dalam sehari patbelaskali dok pegang benda alah ni ja kan ? sambil makan pon pegang . tak penah lagi aku rasa kalau tiap kali nak main tipon laju-laju pegi basoh tangan dulu yedak ? kalau ada pon alah 1/3 ja aku rasa . Bakteria bukan setakat anak . Toknenek dia pon berkampung kat tipon mahai hengkau tuu . :D

3. TANDAS


Mak aii , tandas kat gambaq tuu aku rasa macam nak p tidoq guling-guling ja punyalah cantik. hihi . Tandas antara tempat yang paling banyak bakteria dan geng-geng bas sekolah dia. Bayangkanlah time hampa dok berry kan , banyak mana dah bakteria dok berterabur kot tandas tuu. Ish tak terkira aku ... haha So , tunggu apa lagi cuci lah tandas anda setiap hari :') Gunalah Mr Muscle baru tandas jadi macam dekat gambaq atas tu :D

4. BEKAS SAMPAH


Hai , sedih aku tengok luahan hati CikKul tuu. Kalau dekat rumah tu sentiasa lah bersih atau buang segala sampah dalam bekas sampah. Jangan tunggu sampai CikLat terkeluaq dulu baru nak p buang kan. Sampai jiran sebelah boleh bau busuk sampah tu nokss. Bakteria cukop suka tempat yang kotoq , basah ni. Bekas sampah dekat rumah kita tu kena lah tutup baik-baik sebab nak elakkan CikLat atau CikPas masok berumah situ pulak kan. :)

5. DUIT SYILING


Kenapa duit syiling ?? mesti ada yang tanya kann ? haha . Ok aku nak cerita ni. Sabaq sat nahh . hehe. Duit syiling memang nampak indah ja kat mata sapa-sapa pon kan. Yelah , duit sapa nak tolak dak ? Tapi awas ! syiling salah satu tumpuan bakteria sebenarnya kerana duit syiling sentiasa bertukar tangan dari satu orang ke satu orang yang lain. Hari ni kita beli eskrim dekat PakTam, bagi 20sen . Esok duit tu akan ada dekat tangan anak MakBedah. So , bakteria akan terus merebak ke tempat lain ...




Sentiasolah guno kaedah cuci tanggan ni supaya bakteria takdo nok melekat dokek ekau tu yooo ~


smile :) ok bye !