Sunday 9 November 2014

E-Day !

Assalamualaikum..

Err taktau nak mukadimah macam mana hari ni. Sebab dah lama sangat tangan tak menaip. Otak pon dah krem (padahal tak pikir apa-apa pung!) haha!
Tak sangka pejam celik dah nak masuk tahun baru dah. Azam tahun lepas pun aku tak settle lagi dah nak tambah azam tahun baru. Takpa la, anggap ja tahun ni aku takdo buat azam pung. kehkehkeh

Tahun ni jugak banyak benda baru dalam hidup aku, kerja baru, pakwe baru dan tunang baru. Eh ! aku dah tunang ? :D Seriously aku tak jangka langsung aku nak tunang tahun ni. Yealah aku ni dah rempang, perangai gila-gila tu kalah hantu.Tetiba boleh tunang ? Pelik bin ajaib!

Kisah aku betunang kalau karang pon rasa empat bulan pun belom tentu abis taip rasanya sebab panjang sangat,lawak sangat dan pelik sangat (sangatt la khen-,-) 

Aku langsung tak pernah jangka akan kenal dengan En Tunang aku ni. Sebenarnya, kami sekampung tapi aku tak pernah nampak la pulak En Tunang aku tu. Aku tak tau la dulu dia pupus ka macam mana . hihihi

Nak jadi cerita, kami kenal tak lama. Maybe Allah dah tulis jodoh aku dengan dia kan. Kami just tunang 3 bulan saja. 31AUGUST2014 !
Lepas tu 10DECEMBER2014 terus kawen.
Benda baik tak elok lengah-lengahkan. Sekarang dah kelam kabut apa pon tak prepare lagi . hikhik (ambik kau nak kawen cepat sangat)
Next entry aku janji nak letak gambar tunang banyak-banyak. Biar sampai muntah siapa yang baca. HEHEEE


smile :) ok bye !

Saturday 16 August 2014

Takdir ALLAH Penentu Segalanya

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah jugak kongsi dalam ni cita-cita aku nak sangat jadi seorang jururawat/nursing. Sejak aku form 4 tak silap aku dah mula nampak minat aku dalam bidang ni. Memang setengah orang fikir jururawat ni pekerjaan yang menjijikkan sebab nak kena lap darah, muntah, tiap hari main dengan najis. Iya, aku mengaku , semua benda tu ada gelinya. Tambahan aku ni seorang yang agak takut pada darah. Lagi parah kalau nampak orang eksiden teruk depan aku. mau menggigil otot-otot den haa. Tapi bila dah minat mendalam dalam bidang ni aku cuba nak lawan semua benda ni walaupun payah.


Abah aku pulak ada heart attack, so aku pernah dalam seminggu kena jaga abah aku sebab malam mama aku dah jaga siang turn aku pulak. Pernah satu hari tu, ada tokwan/atuk tu sakit depan abah aku. Aku nangis tengok dia. Anak-anak dia semua tinggal jauh-jauh dia seorang dekat katil tu. Setiap hari kalau datang hospital aku beli kuih dekat abah, aku tak akan lupa beli untuk tokwan tu. Sampai family dia datang ambil sebab dia dah bole keluar hospital. Bila aku tengok tokwan tu menangis nak tinggal aku. Aku rasa macam nak bawa dia tinggal dengan aku. Walaupun aku jaga sekejap ja , aku dah anggap macam keluarga aku. Alhamdulillah jugak sebab abah aku pun dah pulih:')

Tahun lepas bulan Disember aku ada dapat interview Kesihatan dekat Negeri Sembilan. Walaupun jauh sebab aku stay Kedah. Aku tetap pergi interview tu. Tapi sampai sekarang belom panggil. Syarat-syarat semua aku dah lepas. Tapi entahla.. perancangan Allah lebih baik. Aku redha kalau tak dapat.

Andai suatu hari nanti cita-cita aku nak jadi jururawat tak termakbul, aku tak pernah marah dengan takdir. Aku mungkin agak kecewa. Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Hidup aku semua Allah dah tentukan. Aku dah usaha, aku dah berdoa sekarang aku cuma tawakal. Tapi aku harap sesiapapun yang baca blog aku ni. Berdoa lah supaya cita-cita aku tercapai. Hanya Allah yang tahu segalanya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian mendoakan aku :') Terima Kasih.



smile :) ok bye !

Wednesday 19 February 2014

Arghhhhhh !! Telefon Masok Air !

Assalamualaikum . . 

Masih cerita tahun lepas walaupon dah lama kita masok tahun baru kan ? hmm , aku pernah ada pengalaman handphone masuk air. Serius rasa macam nak hempuk kepala dekat dinding ja sebab time hujan dengan banggangnya aku tak masukkan fon dalam plastik or whatever. Bila sampai je rumah hmm hanya tinggal kenangan bak pepatah Saleem :'(

So, aku teringin jugak la nak kongsi ilmu kalau-kalau fon hampa pun tertiba ja termasuk dalam air kan? (banyak pulak aku dok ter-ter-ter ni -_-') Semua ilmu ni pun aku ada terbaca dalam buku juga so tak salah la kan aku nak kongsi, aku dapat sikit hampa dapat sikit noo :)

1.KELUARKAN BATERI



 
 Jika fon tu still hidup ka apa kaa , cepat-cepat off dulu or senang nak paham matikan ja fon tu  walaupun time tu fon tu dah tahap nyawa-nyawa ikan dah kan. haha. Lepastu kena bukak la jugak bateri takut nanti jadi makin parah pulak kalau biar je bateri dalam tu. Kalau macam bateri dalam gambar kat atas tu memang senang je nak keluarkan, TAPI kalau setengah fon nak keluarkan bateri kena cari hammer segala bagai baik cepat-cepat hantar kedai telefon ja takut nanti makin parah telefon hengkau tu nyahhh. Sebab barang elektronik ni bila basah kuasa yang mengalir boleh bagi fon tu rosak terus tanpa ada sifat belas kasihan.

2. KERINGKAN HANDPHONE


 Lepas keluarkan bateri tu kena la cepat-cepat keringkan fon tu supaya semua jadi keringlah. Kena keringkan semuanya fon tu, bateri, sim card ka memory card with tuala yang boleh serap air la. Kalau nak senang guna je hair dryer ataupun kipas angin lagi cepat. Tapi jangan pulak pegi letak dekat bawah matahari sebab bukan nak bagi lagi elok, lagi nak melingkup ada lah . cuba-try-test ok? hahaa

3.RENDAM DALAM BERAS

 
Walaupun dah keringkan segala bagai pun, kita tetap tak boleh yakin lagi sebab dekat dalam mungkin still lembab lagi. Rendam pulak fon tu dalam beras memang petua terrbaik nak hilangkan kelembapan tu. Letak fon dalam beras dalam masa 24-72jam lepastu baru try hidupkan balik dengan harapan fon tu bole baik.
4.LITAR BERSIH

 Lepas keluarkan fon dari beras, bersih litar atau benda yang nampak ada air sikit-sikit lagi lah. Boleh jugak nak guna putik kapas celup dalam alkohol untuk keluarkan air yang tertinggal situ. Buat sampai anak cucu dia semua hilang abis lah kiranya ni.

 5. HIDUPKAN HANDPHONE


Lepas dah buat semua yang kata atas tu boleh la pasang balik fon yang dah dileraikan ari tu. Next, charge bateri tu sampai penuh dan try hidupkan balik. Kalau tak bole jugak nak hidup alamatnya kena tanam dah laa. Selamat Mencuba !


smile :) ok bye ! 











 

Tahun Baru Dan Pengalaman Baru.

Assalamualaikum . .

Hai korang ? ehh , sebelum tu rasa still sempat lagi untuk aku wish Selamat Tahun Baru , azam baru dan semuanya baru lah. hehe. Sekarang aku bukan nak anak tirikan blog ni, cuma sekarang aku sesangat lah busy sebab kerja. haha. Sebenarnya aku nak kongsi jugak lah pengalaman aku masa ambik lesen kereta rituuuu. Takpa lah just want to share with youuuu youuu and youuu. ehemm ~

Sorry sangat sebab gambar full tempat aku ambik lesen tu terlupa pulak nak ambik, padahal sebelah rumah aku je pon. haha . "Konsortium Villa Maju" ehh, tu bukan bas punya tauu hengkauu! Aku daftar masa bulan 11,2013 lagi, tapi sebab masa tu JPJ ada problem sikit aku kena sampai 2 bulan berkampung situ.

Alhamdulillah, tanpa seorang kawan pon masa aku mula daftar tu. Cuma bawak diri seorang je ewahh. Tapi bila dok dalam bilik ceramah tu ada juga la kawan. Masa sesi ceramah selama 3 jam tu serius otak aku langsung takdo kat situ. Asyik pikir macam mana kalau aku tak reti bawak, langgar tiang, langgar cikgu situ ? Arghh mati ! Aku dengar cikgu yang bagi ceramah tu cakap jangan risau, semua yang datang hari ni akan boleh bawak kereta punya. tersentap noks ! dia boleh baca hati aku pulak. haha 

Lepas habis ja ceramah tu aku terus balik je rumah makan, sapa suruh dekat sangat kan sampai tak sedar kena kumpul balik dekat pejabat jam 12.30. Asyik makan ja dah pukul 12.40pm sampai kerani dalam pejabat tu col aku. hehee . Bila sampai ja pejabat semua dah bawak kereta aku ja paling last. Ada cikgu sorang ni dok tunggu nak bawak aku dah. Sorry laa aku tak bole nak letak gambar dia susah nanti. aku panggil dia cikgu Azrul, hmm dia oke laa baik jugak tak garang , so aku pon senang nak faham la.



Gambar ni masa aku buat 8jam dah. Aku still ambik cikgu yang sama sebab malas dah nak tukar-tukar ni. Nanti lagi biul kepala aku. haha. Aku ada ambik extra 2jam lagi sebab nak refresh balik otak aku ni, tapi serius bab parking aku selalu lupa step nak pusing stereng tu. :'(























Aku jpj 7.1,14, ehh baru lagi la kan ? hmm masa jpj tadak apa la sangat sebab aku dapat jpj lelaki, sporting abis haha. Selau orang cakap jpj ni serius, garang! Tapi nasib baik aku dapat yang ok laa. Kereta aku bawak mati dua kali jugak laa dekat traffic light tu. Nasib dia bagi aku lepas jugak ah. Thanks abg jpj. Jasamu tetap ku kenang ! ewahh. 


smile :) ok bye !