Wednesday 26 June 2013

Awas Bakteria Merata-Rata !

Assalamualaikum . .

Sekarang ni aku mengalami selesema yang agak terok . Nak tidoq pon susah . Pusing kiri selesema kiri , pusing kanan selesema kanan ja . Nak marah wooo . hahaha. Sekarang ni semua benda nak kena jaga , bukan setakat diri kita ja malah pemakanan jugak . Sekeliling kita ni ada berjuta-juta bakteria yang kita taktau kann ? percaya dak ? Aku nak bagi sikit kawasan hot spot bakteria dok berkampung . heheehe

1. TANGAN


Tangan kita ni kan paling mudah nak kena bakteria. Sebabnya macam-macam benda kita buat guna tangan. Yelah kan , bukak pintu guna tangan pastu pergi basuh berry , lepas tuu tekan lift , pegang roti and makan, Eiuwww ! bayangkan banyak mana dah bakteria yang masok dalam perot hampa tu tau .  Kalau makan bukan kenyang dengan makanan tapi kenyang dengan bakteria yang masok dalam perot hampa tuu . ehhee aku pon sama :D

2. TELEFON BIMBIT


Haaaa ! yang ni ramai orang buat sekali dengan aku lah yee . hehe . Dalam sehari patbelaskali dok pegang benda alah ni ja kan ? sambil makan pon pegang . tak penah lagi aku rasa kalau tiap kali nak main tipon laju-laju pegi basoh tangan dulu yedak ? kalau ada pon alah 1/3 ja aku rasa . Bakteria bukan setakat anak . Toknenek dia pon berkampung kat tipon mahai hengkau tuu . :D

3. TANDAS


Mak aii , tandas kat gambaq tuu aku rasa macam nak p tidoq guling-guling ja punyalah cantik. hihi . Tandas antara tempat yang paling banyak bakteria dan geng-geng bas sekolah dia. Bayangkanlah time hampa dok berry kan , banyak mana dah bakteria dok berterabur kot tandas tuu. Ish tak terkira aku ... haha So , tunggu apa lagi cuci lah tandas anda setiap hari :') Gunalah Mr Muscle baru tandas jadi macam dekat gambaq atas tu :D

4. BEKAS SAMPAH


Hai , sedih aku tengok luahan hati CikKul tuu. Kalau dekat rumah tu sentiasa lah bersih atau buang segala sampah dalam bekas sampah. Jangan tunggu sampai CikLat terkeluaq dulu baru nak p buang kan. Sampai jiran sebelah boleh bau busuk sampah tu nokss. Bakteria cukop suka tempat yang kotoq , basah ni. Bekas sampah dekat rumah kita tu kena lah tutup baik-baik sebab nak elakkan CikLat atau CikPas masok berumah situ pulak kan. :)

5. DUIT SYILING


Kenapa duit syiling ?? mesti ada yang tanya kann ? haha . Ok aku nak cerita ni. Sabaq sat nahh . hehe. Duit syiling memang nampak indah ja kat mata sapa-sapa pon kan. Yelah , duit sapa nak tolak dak ? Tapi awas ! syiling salah satu tumpuan bakteria sebenarnya kerana duit syiling sentiasa bertukar tangan dari satu orang ke satu orang yang lain. Hari ni kita beli eskrim dekat PakTam, bagi 20sen . Esok duit tu akan ada dekat tangan anak MakBedah. So , bakteria akan terus merebak ke tempat lain ...




Sentiasolah guno kaedah cuci tanggan ni supaya bakteria takdo nok melekat dokek ekau tu yooo ~


smile :) ok bye !

Sunday 26 May 2013

Eh , Semua Orang Ada Cita-Cita Kan ?

Assalamualaikum ..

Semalam kawan aku col aku , jam 12.05 pagi . Sambil gosok-gosok mata aku pon angkat lah col . Kawan aku cakap dia eksiden dekat Highway Utara . Tersentap aku sat , aku bab eksiden memang lemah weyy . hehe Laju-laju aku col kengkawan aku nak ajak pergi hospital . Tapi malangnya semua takmoh angkat aku col . Yealah ,, pagi-pagi buta tuu sapa yang nak bejaga kan . alahai . Last-last akak aku sendiri yang teman . lebulebu ("bunyikcengkerik")

Sampai kat sana aku terus p dekat tempat cuci luka tengok kawan aku ni punya la darah tangan kaki . Seram jugak , nak dekat lagi dak laa . Silap-silap aku pulak dok kecemasan tuu . hahaha! Aku ada masok yellow zone , mak aii ada patient tu kan darah penoh dekat kaki , dengan tengkuk balut2 . ishh! lemah ja aku nak jalan pon . wkwkwkwwk.

Tapi sebenaqnya yang tuu mukadimah ja tadi . hihi panjang kan mukadimah aku . :) Benda yang aku nak cita ada kat bawah ni . . 



Comey kasut hengkau katun , haha tajam gitu mau patient lari takott . Kat sini sapa-sapa pon mesti ada jugak satu , dua cita-cita kan ? Tak kesah laa hang nak jadi polis ka , hakim ka , bapakmak ayam ka kan . semua tu cita-cita. . Tapi tak mustahil someone kalau kita tnya dia akan cakap dia pon taktau cita-cita dia apa . hikhik . 

Dari aku form 4 sampai sekarang aku dah 21tahun cita-cita aku tak pernah berubah uolss . "NURSE" tapi sampai sekarang ada yang setuju ada tak dengan cita-cita aku ni . ada yang cakap 

Si A : nana , awat hang nak sangat nurse tu ?
Aku : ntah , aku minat sangat la . nurse kerja mulia weh tak salah kan ?
Si A : hala , tapi hang mau ka main darah ?
Aku : alaa , insha Allah boleh . tiap bulan pon kita tetap main darah kann ? :D
Si A : tersentap !

Lebih kurang ayat cmtu laa yang jadi kat aku . Tapi yang jadi masalah kat aku ni aku jenis takot darah , bukan tahap takot menggigil tu , melampau sangat la kann . Aku kalau eksident luka biasa tuu boleh diterima lagi . Tapi kalau dah tangan putus , telinga hilang , haa cari nahas la tu . Memang awai-awai aku larikkk . hehehe

Tapi , dalam dunia ni semua keja ada cabaran . Cabaran jugak yang mematangkan kita kan ? Insha Allah , nurse ni keja yang mulia , berapa banyak yang mau basuh luka orang ? rawat orang ? sabaq bila kena maki ? kena tuang ayaq kat muka ? hanya nurse saja yang tau . Itulah erti kesabaran 

Aku harap semua orang yang baca blog aku ni boleh doakan aku berjaya di dunia dan akhirat :') Dapat capai cita-cita aku . Aku hargai sangat . Semoga Allah yang balas jasa baik hampa semua :') sebak pulak aku . ehhehe .








smile :) ok bye !

Sunday 31 March 2013

Kawen - Kawen (Part 2)

Assalamualaikum .

Sebelum-sebelum ni aku dah penah cerita pasal kenduri kawen kann . Tapi , yang tuu sebelah 'Pak Lang' .

Kenduri Part 2 ni pulak sebelah 'Pak Long' . Meriah jugak sama macam yang sebelum ni . Pengantin lelaki aku letak nama Zul senang aku nak cerita kann .
Zul ni senang , kawen orang kedah jugak . Alah , dalam 5km ja kot dengan rumah pengantin pompuan . Tapi aku agak jelah kann , aku bukan keja juru ukur jalan ponn -_- hikhikhik.

Pagi tu macam biasa lah , saudara mara punya lah sibuk , tangan baju angkat abeh kan takut termasuk dalam periuk hilang kecomelan . hihihi
Tapi situ still guna adat gotong-royong lagi . Dari malam sampai pagi jiran-jiran sebelah rumah datang tolong masak . Rasa semangat kejiranan uolls . mehhehehe.

Aku sampai pagi tu banyak kerja dah siap , aku just tolong masokkan kek dalam beg kertas . Selebihnya masokkan dalam mulut aku . hihihi 


muka aku macam nak curi makan pon ada bukan nak tolong . hikhikhik
yang ni baru oke sikit , :)

Lepas siap masok kek dalam beg , dalam perut kann nak jugak rasmi bergambar atas katil tuu . Sebelom pengantin rasmi biaq aku rasmi dulu . kihkihkih . Cousen aku pon bukan main nak bergambar . Bajet kenangan la sangat kan sampai bersepah dalam bilik . Kena kemas balik kalau takmau kena ketok kepala dengan si Zul tuu :D




ehh cousen aku kaa aku yang buat sepah nih -_-''' ampunn ! 

Dekat sini pon sangatlah meriah dengan DJ yang lawak , Lagu best baruu . Tadak laa aku mengantuk time nak tunggu pengantin sampai kann . 
aku ada lah snap gambaq sikit , tadak la banyak tapi penuh jugak memori tipon cabukk aku nih :D





ni akak cousen gua , comel kan ? ;)




Pengantin sampai dalam pukol 2 petang lah . Makan-makan dulu baru boleh bergambar kann :D hihihi , kalau aku bab makan mesti tak lupa kann . mehhehehee . Oleh sebab aku agak rapat dengan cousen aku yang si Zul ni , so , banyak jugak laa bergambar dengan dia kan . Bukan selalu . hihihi















Bukan setakat pengantin ja boleh dok atas pelamin tu . Tak kawen , anak sorang , anak 6 semua pakat duduk begambar atas tuu . si kecik omey pon boleh dok atas pelamin tu. Tak caya ? jeng , jenggg !



muka naufal (laki) nampak sangat kena paksa dok atas tu . hihihi


kemain kecik2 pon ada pengapit , tapi cm over pulak pengapit tuu xD




See , banyak dak ? tuu tak kira ada yang terpijak lampu pelamin tuu, kain berlubang terkena lampu . Punya semangat bergambar kan . :)

eh , nak selit sikit gambar kenduri kelmarin :D kenduri lagi . banyak , banyak . tapi lepas ni dah abeh entry pasal kenduri jangan risau nahh . mehhehe















Yeaaah ! nak ikot hati ada banyak lagi gambar tapi sampai pagi esok pon tak abeh nak upload . hihihi .

Apa-apa pon aku still nak wish 

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Moga bahagia sampai anak cucu , cicit . Tak sangka cousen aku ramai dah kawen . padahal kecik-kecik dok main kawen-kawen ja . hihihi

Sayang hang Zul ^_^


smile :) ok bye !

Thursday 28 March 2013

Kawen-Kawen (Part 1)

Assalamualaikum ... 

Sekarang tak dinafikan musim panas sangat , time aku tulis blog ni pon aku sedang berperang dengan perasaan aku . ewahh . nipuunyerr !
aku sekarang batuk-batuk , selesema macam mati laki , ayaq mata hingus semua berguguran .. hihi .


Bulan ni jugak memang bulan kenduri ter-amat banyak . Baru-baru ni aku ada pegi rombongan kenduri cousen aku sebelah "MakLang" . Anak dia aku pangey Hery lah senang nak cerita khenn . Rombongan ni ada lah dalam 4,5 biji kereta . Tak ramai yang boleh ikot sebab sebelah PakLong aku pon ada jugak kenduri sebelah menantu . 

kemain aku ni , kalah pengantin :D


orang cakap cahaya pagi baik untuk kesihatan , so mari bejemur . hihihi


Kami semua bertolak dalam jam 10.30 pagi , aku punyalah kelam kabut , pagi tu lah nak packing baju , nak cari baju , nak pakai baju .. haaa ! ambik semua tentang baju aku buat dalam satu masa . yedak ? xD


Kelantan dengan Kedah ni nampak ja dekat , tapi pinggang macam nak tercabut jugak . urat2 semua bersimpul abeh punya lama dalam kereta . Tapi kami ada berenti dekat Perak jugak nak makan-makan , sembahyang .


Masa di Gerik (Perak) , ada abang-abang ni kemain merempit kot jalan ni , last-last aku nampak dah tergolek kat jalan . Sian aku tengokk . Pastu ada kereta ni pulak terbabas . Lagi bertambah lambat perjalanan kami . Kami sampai MACHANG pon dah jam 6.30 . Mak aii , pegi Perak punya lama masa macam nak pergi Melaka dah . Aku sampai 3,4 kali jugak tidoq bangun :D sebab bukan aku yang bawakk kereta tuu ;)





Kat sini homestay yang kami semua bermalam . Nampak dalam gambar ni sangat biasa tapi memang cantik bila tengok real . Rumah ni tayah pakai simen , just pakai kayu , dinding pakai tikar . Sekali lagi aku cakap sangat cantik , memang pacik ni kreatif sangatt .. hehhe . Tapi bila pagi sampai tulang paling dalam sejuk buleh rasa tauuuu . Menggigil aku tahan sejuk . hihi
Aku ada la sikit bergambar dalam rumah tuu , tapi kabur-kabur sebab kamera bukan DSLR , cuma handset cabukk aku ja :D hahha .



See ? muka aku nampak sangat baru bangun tidoq padahal pagi tuu kemain aku ambik vitamin nak segar bugar . mehhehe .


Malam tuu ada majlis akad nikah , semuanya berlangsung dekat rumah pengantin perempuan tu sendiri . Alhamdulillah , dengan sekali lafas mereka sah suami isteri . Orang lain yang pegang tangan tok kadi akad nikah aku yang menggigil terukk . :D kihkihkih


Tapi malam tu tak sempat nak snap gambar pengantin sebab aku penat sangat kan . Aku cuma sempat ambik gambar dengan family dan sedara sikit . Jadi lah kan dari takdo langsunggg . :)




ni mama gua . haa sama takk ?
Tapi adat Kelantan lain sikit dari Kedah ni , sana kalau malam makan takda lah ayaq sejuk , ais batu segala bagai ni . semua minum ayaq panas jaa .
Kalau dekat kedah ni malam ka pagi kaa memang hadap ayaq ais jelahh . 


Besok , dalam pukol 2 petang rombongan kami sebelah lelaki pon sampai . Tapi , malangnya aku tak boleh sangat perubahan angin ni . Biasalah , selalu dok kena angin kot belah utara ja . mai kena angin belah timur terus lain . :D buat terok lagi . mehhehe


Aku tak boleh nak bawak hantaran sebab muka aku dah pucat sangat . kurang oksigen atau terlebih oksigen pon aku tak pasti dah . Last aku cuma duduk macam anak terbuang . hmm , hmm .






Tengok muka pengantin laki tuu pon dah nampak kompiuss , heran dia kawen or aku , sebab gambar aku lagi banyak dari dia . kihkih . sayang hang hery ! 


Bila makan aku jadi sehat tauuu . Tak caya ? nah ambik aku tunjukk . 




siap boleh senyum sampai cenggini , muka sakit pon hilang :D



yang ni cousen aku , ada sapa2 nak boleh email aku mintak num dia single lagi tuu :D




Akhirnya , ada jugak muka pengantin kan , dari tadi aku punya cerita pasal wedding dia . Last-last muka aku yang banyak . wehhehe .


Apa pon aku nak wish , 


" SELAMAT PENGANTIN BARU "



Tunggu ada banyak lagi pasal kenduri aku nak cerita ni . tunggu tauuuuu :) 


weiiweittt !


smille :) ok bye !

Friday 11 January 2013

Kan Ku Jadikan Kau Kenangan Hidupkuuu ...

Assalamualaikum...

Semalam , aku baru jaa pegi Stadium Darul Aman (SDA) tengok game Kedah vs Pos Malaysia . Tak kesah la Piala Perdana pon aku heran apa kennn . Lagipon semalam tak semangat sangat sebab goalkeeper aku Helmi Eliza dah takdoo . Tapi bila GOAL , aku lompat kalah orang main lompat tinggi , mihhihi :D

Balik tuu aku ada nampak depan mata hokeyy ada laki ni dia terlanggar kucing , dah la kucing tu dah mati .. dia bawak moto laju pastu terus langgar . Aku nampak kucing tu badan putus , sangat sedih hokehh :'(

So , nak dijadikan cerita .. Dulu aku penah jugak bela kucing ni , orang cakap zaman-zaman kegamilangan tuu . hahaha .. Kira banyak ekor jugak laa , tapi yang paling aku sayang ada 3 ekor ni yang lain ada tapi tak sempat nak snap gambaq depa noo . ;)

HI ' NAMA SAYA JERRY HOKEYY !

INI CHICO , muka cmni lah , ini ehsan dari google sebab pic dia hilang :(



BOBOY PON MUKA CENGGINI , PIC HILANG JUGAK TAK JUMPA , (EHSAN GOOGLE)

Yang atas tu nama Jerry , yang ni dah lama masa tu aku pon baru form 3 tak silap lah . Kira sayang gila lah . 
pas tuu perangai dia ni kalau dia tengah tidoq hengkau mai tidoq sebelah dia , dia macam ada karen terus bangun pegi tempat lain ... muahahha
Tapi sayang , dia mati depan rumah aku , rasanya kena langgar .. Masa tu aku nak pegi tusyen akak aku hantar , aku ada nampak dia mati dekat longkang depan umah aku . Abah yang tolong tanamkan dia :(

Pas tuu bela si Boboy dulu , dia ni manja sikit , mana hengkau ada situ dia nak duduk . kalau main pon slow gila , Gigit ala kadar ja . mihhihi
Tapi sayang , yang ni tak mati tapi hilang terus . masa aku form4 time pegi Johor :(

And the last , si Chico , yang ni ala-ala gangster sikit . . Kuat dendam woo ~
Tengok ja muka sesuci dalam debu ==' hihihi
Penah ritu akak aku marah dia , lepas tuu dia terus gigit , cakar kaki akak aku . haha padam muka kennn :p

Tapi Chico paling banyak kenangan , penah sekali kawan adek aku ni curik dia pastu senang-lenang bawak balik rumah .. Aku dah separuh gila dok mencari .. Last ada orang bagitau adek aku , aku terus pegi rumah dia mintak balik kucing aku .. Haaa ! aku pon dah terlekat perangai gangster dia tauuu nokkss! 
Pastu mak dia cakap kucing aku dah terlepas, balik umah aku nangis-nangis macam mati laki dah laa . Besok tu nak p skolah masa tu aku PraU . Aku dengaq "MIAUUUWW" Bukak-bukak pntu terus nampak Chico tengah senyum (ok tipu !) muahahah

Sekarang nak bela Puan Z dengan tegas cakap "oh noo , ada budak kecik kat rumah , nanti abes kucing jadi kuda" ok maa !

Sekarang jugak aku dah kuat , aku dah boleh terima hakikat , "setiap yang hidup pasti akan kembali" 

sobsobsob (lap hinguss)


smile :) ok bye !

Tuesday 8 January 2013

Berjalan-Jalan Riang ....

Assalamuailaikum :D

amoeh , sekarang punya zaman semua budak-budak dah maju kan .. Sekarang ni aku pegi jelah memana pon asal fon bunyi semua lagu KPOP , masok kedai beli baju bukak lagu KPOP , lagi teruk aku masok kedai runcit pon buka kuat-kuat lagu KPOP , sekali aku terpengaruh KPOP nih ;D

Ok , lupakan abg KPOP nih nah .. Errr, baru-baru ni aku sekeluarga ada plan nak p Pulau Pinang a.k.a Penang . Plan awal just nak pegi Pesta Penang jaa .. Tapi alang-alang dah datang kan merewang laa sikit . . mehehe 



Datang tu naik menda ni lah , punya tunggu tu sampai rasa nak berenang ja pegi sana punya lah lambat . haha .. Kami bertolak dalam 11 pagi .. Si adik ajak pergi PENANG HILL (bukit bendera) .. Mula sampai sana orang serius ramai tak terkata lah .. macam-macam orang . Melayu , Cina , India , English ,  hahaha . aku ada sembang-sembang dengan uncle ni dari England .. Oh noo ! ingat nak tanya kenal David Beckham tak tapi nanti mesti dia cakap "ehh lapar penampar ka ? " 




Last tunggu , beratur sempat jugak lah tengok cita hindustan dalam tv tuu punya lama tunggu dalam setengah jam . Finally , dapat jugak beli tiket . Dewasa RM8 dan kanak-kanak riang RM4 . Oh lupa , kalau hengkau ada students card boleh jugak dapat 4hengget walaupon time tuu umur kau dah patpulohlapan tahunggg :) 





Nak jugak aku show off kat semua orang tiket setelah penat lelah aku beratur tauuu ..





Ni macikmacik dan akakakak comey lottey orang kedah habaq mai . hahaha 

Depa ni pun baik ja gelak kuat-kuat jugak macam aku :')

***************************************************

Lepas tu kami naik atas Bukit Bendera tuu . Pemandangan situ memang cantik lah sebab tinggi kawasan tu .. So , boleh la nampak pemandangan laut semua lah. Tapi aku tak sempat nak snap gambaq pemandangan tuu . Situ juga ada badut yang comel tauu .





Badut ni paling comel kat pipi tuu . hikhikhik
 Memang banyak laa benda-benda asing dekat situ . Ada burung hantu , boleh  lukis inai dekat tangan . Tapi part yang tak boleh nak lupa time bergambar dengan Ular sawa ni . Mula-mula aku kena bahagian kepala tapi aku tak boleh sangat benda lembut-lembut ni seram semacam ja so aku cakap kat abang tuu suruh letak dekat bahu aku ja . Itu pon rasa terbang melayang ja takuttt . Ular tu nasib diam ja duduk situ tak banyak karenah . Ular tuu berat jugak abeh lenguh badan-badan aku lepas tu sejuk pulak lagi double seram :D




Balik tuu lepak sekejap dekat Pantai Feringhi (ntah eja macam mana hentam aje :D)





Aku ja kat situ tak mandi , bukan apa aku tak suka sangat mandi pantai ni . Tapi kalau letak aku dekat waterfall ni memang tak tolak dah laa . muahaha






Last sekali Pesta Penang . Permainan situ ok lah best jugak cuma tak suka tempat kecik dan orang pulak ramai . So aksi tolak menolak turut ada :p
Lagi satu satu game nak main hengkau kena beratur setangah jam .Sangat menguji iman tau adik-adik . Sorry gambar kat situ tak sempat nak ambik :D






Smile :) ok bye !