Saturday 16 August 2014

Takdir ALLAH Penentu Segalanya

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah jugak kongsi dalam ni cita-cita aku nak sangat jadi seorang jururawat/nursing. Sejak aku form 4 tak silap aku dah mula nampak minat aku dalam bidang ni. Memang setengah orang fikir jururawat ni pekerjaan yang menjijikkan sebab nak kena lap darah, muntah, tiap hari main dengan najis. Iya, aku mengaku , semua benda tu ada gelinya. Tambahan aku ni seorang yang agak takut pada darah. Lagi parah kalau nampak orang eksiden teruk depan aku. mau menggigil otot-otot den haa. Tapi bila dah minat mendalam dalam bidang ni aku cuba nak lawan semua benda ni walaupun payah.


Abah aku pulak ada heart attack, so aku pernah dalam seminggu kena jaga abah aku sebab malam mama aku dah jaga siang turn aku pulak. Pernah satu hari tu, ada tokwan/atuk tu sakit depan abah aku. Aku nangis tengok dia. Anak-anak dia semua tinggal jauh-jauh dia seorang dekat katil tu. Setiap hari kalau datang hospital aku beli kuih dekat abah, aku tak akan lupa beli untuk tokwan tu. Sampai family dia datang ambil sebab dia dah bole keluar hospital. Bila aku tengok tokwan tu menangis nak tinggal aku. Aku rasa macam nak bawa dia tinggal dengan aku. Walaupun aku jaga sekejap ja , aku dah anggap macam keluarga aku. Alhamdulillah jugak sebab abah aku pun dah pulih:')

Tahun lepas bulan Disember aku ada dapat interview Kesihatan dekat Negeri Sembilan. Walaupun jauh sebab aku stay Kedah. Aku tetap pergi interview tu. Tapi sampai sekarang belom panggil. Syarat-syarat semua aku dah lepas. Tapi entahla.. perancangan Allah lebih baik. Aku redha kalau tak dapat.

Andai suatu hari nanti cita-cita aku nak jadi jururawat tak termakbul, aku tak pernah marah dengan takdir. Aku mungkin agak kecewa. Tapi Allah maha mengetahui segalanya. Hidup aku semua Allah dah tentukan. Aku dah usaha, aku dah berdoa sekarang aku cuma tawakal. Tapi aku harap sesiapapun yang baca blog aku ni. Berdoa lah supaya cita-cita aku tercapai. Hanya Allah yang tahu segalanya. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian mendoakan aku :') Terima Kasih.



smile :) ok bye !