Sunday, 31 March 2013

Kawen - Kawen (Part 2)

Assalamualaikum .

Sebelum-sebelum ni aku dah penah cerita pasal kenduri kawen kann . Tapi , yang tuu sebelah 'Pak Lang' .

Kenduri Part 2 ni pulak sebelah 'Pak Long' . Meriah jugak sama macam yang sebelum ni . Pengantin lelaki aku letak nama Zul senang aku nak cerita kann .
Zul ni senang , kawen orang kedah jugak . Alah , dalam 5km ja kot dengan rumah pengantin pompuan . Tapi aku agak jelah kann , aku bukan keja juru ukur jalan ponn -_- hikhikhik.

Pagi tu macam biasa lah , saudara mara punya lah sibuk , tangan baju angkat abeh kan takut termasuk dalam periuk hilang kecomelan . hihihi
Tapi situ still guna adat gotong-royong lagi . Dari malam sampai pagi jiran-jiran sebelah rumah datang tolong masak . Rasa semangat kejiranan uolls . mehhehehe.

Aku sampai pagi tu banyak kerja dah siap , aku just tolong masokkan kek dalam beg kertas . Selebihnya masokkan dalam mulut aku . hihihi 


muka aku macam nak curi makan pon ada bukan nak tolong . hikhikhik
yang ni baru oke sikit , :)

Lepas siap masok kek dalam beg , dalam perut kann nak jugak rasmi bergambar atas katil tuu . Sebelom pengantin rasmi biaq aku rasmi dulu . kihkihkih . Cousen aku pon bukan main nak bergambar . Bajet kenangan la sangat kan sampai bersepah dalam bilik . Kena kemas balik kalau takmau kena ketok kepala dengan si Zul tuu :D




ehh cousen aku kaa aku yang buat sepah nih -_-''' ampunn ! 

Dekat sini pon sangatlah meriah dengan DJ yang lawak , Lagu best baruu . Tadak laa aku mengantuk time nak tunggu pengantin sampai kann . 
aku ada lah snap gambaq sikit , tadak la banyak tapi penuh jugak memori tipon cabukk aku nih :D





ni akak cousen gua , comel kan ? ;)




Pengantin sampai dalam pukol 2 petang lah . Makan-makan dulu baru boleh bergambar kann :D hihihi , kalau aku bab makan mesti tak lupa kann . mehhehehee . Oleh sebab aku agak rapat dengan cousen aku yang si Zul ni , so , banyak jugak laa bergambar dengan dia kan . Bukan selalu . hihihi















Bukan setakat pengantin ja boleh dok atas pelamin tu . Tak kawen , anak sorang , anak 6 semua pakat duduk begambar atas tuu . si kecik omey pon boleh dok atas pelamin tu. Tak caya ? jeng , jenggg !



muka naufal (laki) nampak sangat kena paksa dok atas tu . hihihi


kemain kecik2 pon ada pengapit , tapi cm over pulak pengapit tuu xD




See , banyak dak ? tuu tak kira ada yang terpijak lampu pelamin tuu, kain berlubang terkena lampu . Punya semangat bergambar kan . :)

eh , nak selit sikit gambar kenduri kelmarin :D kenduri lagi . banyak , banyak . tapi lepas ni dah abeh entry pasal kenduri jangan risau nahh . mehhehe















Yeaaah ! nak ikot hati ada banyak lagi gambar tapi sampai pagi esok pon tak abeh nak upload . hihihi .

Apa-apa pon aku still nak wish 

"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Moga bahagia sampai anak cucu , cicit . Tak sangka cousen aku ramai dah kawen . padahal kecik-kecik dok main kawen-kawen ja . hihihi

Sayang hang Zul ^_^


smile :) ok bye !

Thursday, 28 March 2013

Kawen-Kawen (Part 1)

Assalamualaikum ... 

Sekarang tak dinafikan musim panas sangat , time aku tulis blog ni pon aku sedang berperang dengan perasaan aku . ewahh . nipuunyerr !
aku sekarang batuk-batuk , selesema macam mati laki , ayaq mata hingus semua berguguran .. hihi .


Bulan ni jugak memang bulan kenduri ter-amat banyak . Baru-baru ni aku ada pegi rombongan kenduri cousen aku sebelah "MakLang" . Anak dia aku pangey Hery lah senang nak cerita khenn . Rombongan ni ada lah dalam 4,5 biji kereta . Tak ramai yang boleh ikot sebab sebelah PakLong aku pon ada jugak kenduri sebelah menantu . 

kemain aku ni , kalah pengantin :D


orang cakap cahaya pagi baik untuk kesihatan , so mari bejemur . hihihi


Kami semua bertolak dalam jam 10.30 pagi , aku punyalah kelam kabut , pagi tu lah nak packing baju , nak cari baju , nak pakai baju .. haaa ! ambik semua tentang baju aku buat dalam satu masa . yedak ? xD


Kelantan dengan Kedah ni nampak ja dekat , tapi pinggang macam nak tercabut jugak . urat2 semua bersimpul abeh punya lama dalam kereta . Tapi kami ada berenti dekat Perak jugak nak makan-makan , sembahyang .


Masa di Gerik (Perak) , ada abang-abang ni kemain merempit kot jalan ni , last-last aku nampak dah tergolek kat jalan . Sian aku tengokk . Pastu ada kereta ni pulak terbabas . Lagi bertambah lambat perjalanan kami . Kami sampai MACHANG pon dah jam 6.30 . Mak aii , pegi Perak punya lama masa macam nak pergi Melaka dah . Aku sampai 3,4 kali jugak tidoq bangun :D sebab bukan aku yang bawakk kereta tuu ;)





Kat sini homestay yang kami semua bermalam . Nampak dalam gambar ni sangat biasa tapi memang cantik bila tengok real . Rumah ni tayah pakai simen , just pakai kayu , dinding pakai tikar . Sekali lagi aku cakap sangat cantik , memang pacik ni kreatif sangatt .. hehhe . Tapi bila pagi sampai tulang paling dalam sejuk buleh rasa tauuuu . Menggigil aku tahan sejuk . hihi
Aku ada la sikit bergambar dalam rumah tuu , tapi kabur-kabur sebab kamera bukan DSLR , cuma handset cabukk aku ja :D hahha .



See ? muka aku nampak sangat baru bangun tidoq padahal pagi tuu kemain aku ambik vitamin nak segar bugar . mehhehe .


Malam tuu ada majlis akad nikah , semuanya berlangsung dekat rumah pengantin perempuan tu sendiri . Alhamdulillah , dengan sekali lafas mereka sah suami isteri . Orang lain yang pegang tangan tok kadi akad nikah aku yang menggigil terukk . :D kihkihkih


Tapi malam tu tak sempat nak snap gambar pengantin sebab aku penat sangat kan . Aku cuma sempat ambik gambar dengan family dan sedara sikit . Jadi lah kan dari takdo langsunggg . :)




ni mama gua . haa sama takk ?
Tapi adat Kelantan lain sikit dari Kedah ni , sana kalau malam makan takda lah ayaq sejuk , ais batu segala bagai ni . semua minum ayaq panas jaa .
Kalau dekat kedah ni malam ka pagi kaa memang hadap ayaq ais jelahh . 


Besok , dalam pukol 2 petang rombongan kami sebelah lelaki pon sampai . Tapi , malangnya aku tak boleh sangat perubahan angin ni . Biasalah , selalu dok kena angin kot belah utara ja . mai kena angin belah timur terus lain . :D buat terok lagi . mehhehe


Aku tak boleh nak bawak hantaran sebab muka aku dah pucat sangat . kurang oksigen atau terlebih oksigen pon aku tak pasti dah . Last aku cuma duduk macam anak terbuang . hmm , hmm .






Tengok muka pengantin laki tuu pon dah nampak kompiuss , heran dia kawen or aku , sebab gambar aku lagi banyak dari dia . kihkih . sayang hang hery ! 


Bila makan aku jadi sehat tauuu . Tak caya ? nah ambik aku tunjukk . 




siap boleh senyum sampai cenggini , muka sakit pon hilang :D



yang ni cousen aku , ada sapa2 nak boleh email aku mintak num dia single lagi tuu :D




Akhirnya , ada jugak muka pengantin kan , dari tadi aku punya cerita pasal wedding dia . Last-last muka aku yang banyak . wehhehe .


Apa pon aku nak wish , 


" SELAMAT PENGANTIN BARU "



Tunggu ada banyak lagi pasal kenduri aku nak cerita ni . tunggu tauuuuu :) 


weiiweittt !


smille :) ok bye !

Friday, 11 January 2013

Kan Ku Jadikan Kau Kenangan Hidupkuuu ...

Assalamualaikum...

Semalam , aku baru jaa pegi Stadium Darul Aman (SDA) tengok game Kedah vs Pos Malaysia . Tak kesah la Piala Perdana pon aku heran apa kennn . Lagipon semalam tak semangat sangat sebab goalkeeper aku Helmi Eliza dah takdoo . Tapi bila GOAL , aku lompat kalah orang main lompat tinggi , mihhihi :D

Balik tuu aku ada nampak depan mata hokeyy ada laki ni dia terlanggar kucing , dah la kucing tu dah mati .. dia bawak moto laju pastu terus langgar . Aku nampak kucing tu badan putus , sangat sedih hokehh :'(

So , nak dijadikan cerita .. Dulu aku penah jugak bela kucing ni , orang cakap zaman-zaman kegamilangan tuu . hahaha .. Kira banyak ekor jugak laa , tapi yang paling aku sayang ada 3 ekor ni yang lain ada tapi tak sempat nak snap gambaq depa noo . ;)

HI ' NAMA SAYA JERRY HOKEYY !

INI CHICO , muka cmni lah , ini ehsan dari google sebab pic dia hilang :(



BOBOY PON MUKA CENGGINI , PIC HILANG JUGAK TAK JUMPA , (EHSAN GOOGLE)

Yang atas tu nama Jerry , yang ni dah lama masa tu aku pon baru form 3 tak silap lah . Kira sayang gila lah . 
pas tuu perangai dia ni kalau dia tengah tidoq hengkau mai tidoq sebelah dia , dia macam ada karen terus bangun pegi tempat lain ... muahahha
Tapi sayang , dia mati depan rumah aku , rasanya kena langgar .. Masa tu aku nak pegi tusyen akak aku hantar , aku ada nampak dia mati dekat longkang depan umah aku . Abah yang tolong tanamkan dia :(

Pas tuu bela si Boboy dulu , dia ni manja sikit , mana hengkau ada situ dia nak duduk . kalau main pon slow gila , Gigit ala kadar ja . mihhihi
Tapi sayang , yang ni tak mati tapi hilang terus . masa aku form4 time pegi Johor :(

And the last , si Chico , yang ni ala-ala gangster sikit . . Kuat dendam woo ~
Tengok ja muka sesuci dalam debu ==' hihihi
Penah ritu akak aku marah dia , lepas tuu dia terus gigit , cakar kaki akak aku . haha padam muka kennn :p

Tapi Chico paling banyak kenangan , penah sekali kawan adek aku ni curik dia pastu senang-lenang bawak balik rumah .. Aku dah separuh gila dok mencari .. Last ada orang bagitau adek aku , aku terus pegi rumah dia mintak balik kucing aku .. Haaa ! aku pon dah terlekat perangai gangster dia tauuu nokkss! 
Pastu mak dia cakap kucing aku dah terlepas, balik umah aku nangis-nangis macam mati laki dah laa . Besok tu nak p skolah masa tu aku PraU . Aku dengaq "MIAUUUWW" Bukak-bukak pntu terus nampak Chico tengah senyum (ok tipu !) muahahah

Sekarang nak bela Puan Z dengan tegas cakap "oh noo , ada budak kecik kat rumah , nanti abes kucing jadi kuda" ok maa !

Sekarang jugak aku dah kuat , aku dah boleh terima hakikat , "setiap yang hidup pasti akan kembali" 

sobsobsob (lap hinguss)


smile :) ok bye !

Tuesday, 8 January 2013

Berjalan-Jalan Riang ....

Assalamuailaikum :D

amoeh , sekarang punya zaman semua budak-budak dah maju kan .. Sekarang ni aku pegi jelah memana pon asal fon bunyi semua lagu KPOP , masok kedai beli baju bukak lagu KPOP , lagi teruk aku masok kedai runcit pon buka kuat-kuat lagu KPOP , sekali aku terpengaruh KPOP nih ;D

Ok , lupakan abg KPOP nih nah .. Errr, baru-baru ni aku sekeluarga ada plan nak p Pulau Pinang a.k.a Penang . Plan awal just nak pegi Pesta Penang jaa .. Tapi alang-alang dah datang kan merewang laa sikit . . mehehe 



Datang tu naik menda ni lah , punya tunggu tu sampai rasa nak berenang ja pegi sana punya lah lambat . haha .. Kami bertolak dalam 11 pagi .. Si adik ajak pergi PENANG HILL (bukit bendera) .. Mula sampai sana orang serius ramai tak terkata lah .. macam-macam orang . Melayu , Cina , India , English ,  hahaha . aku ada sembang-sembang dengan uncle ni dari England .. Oh noo ! ingat nak tanya kenal David Beckham tak tapi nanti mesti dia cakap "ehh lapar penampar ka ? " 




Last tunggu , beratur sempat jugak lah tengok cita hindustan dalam tv tuu punya lama tunggu dalam setengah jam . Finally , dapat jugak beli tiket . Dewasa RM8 dan kanak-kanak riang RM4 . Oh lupa , kalau hengkau ada students card boleh jugak dapat 4hengget walaupon time tuu umur kau dah patpulohlapan tahunggg :) 





Nak jugak aku show off kat semua orang tiket setelah penat lelah aku beratur tauuu ..





Ni macikmacik dan akakakak comey lottey orang kedah habaq mai . hahaha 

Depa ni pun baik ja gelak kuat-kuat jugak macam aku :')

***************************************************

Lepas tu kami naik atas Bukit Bendera tuu . Pemandangan situ memang cantik lah sebab tinggi kawasan tu .. So , boleh la nampak pemandangan laut semua lah. Tapi aku tak sempat nak snap gambaq pemandangan tuu . Situ juga ada badut yang comel tauu .





Badut ni paling comel kat pipi tuu . hikhikhik
 Memang banyak laa benda-benda asing dekat situ . Ada burung hantu , boleh  lukis inai dekat tangan . Tapi part yang tak boleh nak lupa time bergambar dengan Ular sawa ni . Mula-mula aku kena bahagian kepala tapi aku tak boleh sangat benda lembut-lembut ni seram semacam ja so aku cakap kat abang tuu suruh letak dekat bahu aku ja . Itu pon rasa terbang melayang ja takuttt . Ular tu nasib diam ja duduk situ tak banyak karenah . Ular tuu berat jugak abeh lenguh badan-badan aku lepas tu sejuk pulak lagi double seram :D




Balik tuu lepak sekejap dekat Pantai Feringhi (ntah eja macam mana hentam aje :D)





Aku ja kat situ tak mandi , bukan apa aku tak suka sangat mandi pantai ni . Tapi kalau letak aku dekat waterfall ni memang tak tolak dah laa . muahaha






Last sekali Pesta Penang . Permainan situ ok lah best jugak cuma tak suka tempat kecik dan orang pulak ramai . So aksi tolak menolak turut ada :p
Lagi satu satu game nak main hengkau kena beratur setangah jam .Sangat menguji iman tau adik-adik . Sorry gambar kat situ tak sempat nak ambik :D






Smile :) ok bye !

Sunday, 18 November 2012

Cerita Cerita ..

Assalamualaikum :D

2 hari lepas aku dok lepak2-lepak depan tv , sebab tadak benda dah nak buat bila hujan kann . Nasib laa hari tuu TV3 ada cerita MANN ( ehh ,ntah betol tak aku ngeja tuu , hentam jaa xD ) kejap aku nak letak bagi hengkau tengok sikit gambo dia . .

lebih kurang aceni laa gambar dia 
Tengah layan-layan tisu sekotak abeh lap hingus , mama aku datang ...

Mama : dik , nak ikot kami dak ?
Aku : p mana ma ?
Mama : ada laa , nak p cepat ! (ayat tegas) haha
Aku : nak ikot , nak ikot . .

Sepantas kilat aku pon pegi lah mandi , siap alar kadar . last-last mama cakap nak p TESCO jaa . Kalau dari awal tau baik aku duduk tengok hindustan tuu kan . tapi aku dah siap aku ikot jelah. hihihi

**********************************************************
Sampai sana , p shoping-shoping dekat pasaraya tuu kejap . Aku pon nak beli barang sikit kan alang-alang dah sampai . Jalan punya jalan , aku nampak ada promosi kereta kat situ. Tapi dah lupa model kereta tuu . Mata aku focus dekat bear tuu serius comey wehh . dia lambai-lambai lagi hengkau tauuu . Aku ni memang tak boleh tengok menda kiut-miut ni . 




Lepas tuu , mama aku pulak dipaksa bergambar minum susu . hikhik 



Aku ni kalau jalan mesti nak makan punya , perut tempayan katakan . hehehe 
So , pegi lah FoodCourt dekat situ . Kalau bab makan ni memang aku tak memilih sangat , aku on je kat tepi jalan kaa , tepi laut kaa , tengah jalan kaa janji perut aku kenyang . Aku nak tunjuk makanan pon tadak laa hebat sangat , makanan biasa-biasa ja . Tapi tak kira , nak tunjuk jugak .

Jeng-jeng-jeng .. truuuutrutruuu (music background)

****************************

1.Aku punya lah = KOEYTEAW SEAFOOD TOMYAM !




oke , makanan ni hmm oke lah , sedap jugak ad masam ,manis dan pedas sangat . 

2.Mama = yee zee mee !






Nak makan benda ni kena beratur punya lah lama , dalam sehari mesti banyak gila untung lebih RM500 kott . "sempat pulak aku dok kira untung org" :D

3. Akak = nasi goreng udang !



Tamak gila akak aku , ayaq sampai 2 . haha

4. Aku lagi = laicikang ! 


5. sushi !


Makan sampai pengsan . Eh boleh gitu ? Seeloknya , kita harus makan sebelum kenyang . baru betol :)
Lepas tuu , sementara tunggu akak aku beli kek , aku ambik gambar sikit :D


Si kecik ni anak sedara aku Naufal Hakimi . Dia boleh bersenang-lenang dalam troli tuu lepas barang-barang semua dah masok dalam kereta . xD
Walaupon entry aku ni tadak lah gempak gedebang-gedebong kan , sekurang-kurangnya aku kongsi cerita walaupon membosankan bagi setengah pihak . yee gituuu ? :D

smile :) oke bye 

Thursday, 18 October 2012

Peningg !

Assalaamualaikum :D

Sangat tak sangka dah lama rasanya aku tak update blog ni . bukan apa , aku ni bab merapu ja pandai tapi bab nak menaip ni malas sikit . meheeehe . takpa , walau macam mana sekali pon aku tetap akan update jugak . eh gitu pulak :D

ehhh , brodband celcom lahh ( ayat teruja ! )

ok , tak dinafikan memang semua rakyat jelata kenal b.band ni kan ? al maklumlah , benda ni senang nak bawak p jenjalan , online dalam kereta , atas moto , jalan kaki kannn ? . mehhehe .

aku dah guna benda ni dekat 2 tahongg . tapi aku ni macam dianaktirikan jaa . . sebabnya tahun pertama guna , alahaiiii, line dia punya lah lembab . kalau siput beby tengok line aku pon dia gelak (dalam hati cakap ada lagi benda yg lembab dari aku !). . kalau aku nak bukak google , memang boleh pegi mandi , makan lagi baru nak boleh google ni . lagi teruk siap bole g melepak rumah jiran sebelah lagi . ok tipu ! ciss .

Lepas tuu , kesabaran aku dah naik tahap ayaq milo panas dahh .. aku col celcom centre , aku cakap lah line aku lembab sangat , pas tuu dia buat omeyy ajar aku .oke dah laju . sampai rasa nak tengok utube sampai juling mata aku ... layan jee lahhh :P

ni perasaan aku oke ,PERASAAN ! 


Dalam minggu lepas , b.band aku mula buat perangai lama dia sebabnya aku langsung tak boleh nak connect ... sampai naik keras tangan punya "click" connect tuuu ... ehh , takmoh , takmohhh ! last , aku kena col balik celcom sebab kadang-kadang boleh connect dengan bangga oke , mai tak bole rasa nak hempuk lappy pon ada ... (ayat keciiwaa) bila col operater tuu asyik suruh buat menda sama . ehh , sampai aku pon dah bole hafal apa yang nak kena buat ... so , sampai sekarang celcom masih tak dapat tolong aku lagi .. aku dah suggest suruh letak jee pencawang celcom kat sebelah rumah aku kaa , belakang rumah ke .. last-last dia gelakk .. 

Esoknya , aku tak puas hati aku pegi celcom centre Alor Setar , aku pegi dengan muka tak besalah suruh dia check aku punya network , dia cakap sistem dia tergendala .. adohh , cm batu hempap atas kepala jaa rasa ... dia suruh aku pegi kedai celcom check mungkin aku punya software tak cukop.. aku pon pegi lah kedai tuu sambil berdoa kuat-kuat... sampai situ ada aunty tu cakap tak boleh tolong sebab warranty b.band dah abeh .. dia nak suruh aku pegi kedai komputer ... masa tuu dalam hati aku terus berkata (enough ! ingat aku tadak keja nak buat dah kaa ? )... lastt satu apa po tak jadi mengarut semuanyaa ..  adoii . sekarang ni pon still lagi fikir sambil cubit kelopak bunga tahi ayam ( ehh , nak potong takmohh ? )


Sekarang bila nampak jee menda atas tuuu tiba-tiba rasa nak hempuk dia pakai kayu golf ... ! hihihi




Haaa , yang ni baru betoi perasaan aku . benci tapi sayanggg ... eiuuuww , geli i ... 


smile :) oke bye !